DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
Kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi tahun 2021-2024 kekal diterajui Mohammad Sahar Mat Din sebagai Presiden.
Setiausaha Agung DPIM, Datuk Khairul ShahrIl Hamzah berkata, sebanyak empat jawatan menang tanpa bertanding dan lapan jawatan telah diisi oleh kepimpinan yang baharu.
“Diharapkan dengan barisan kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia yang dilantik bagi penggal ini dapat meneruskan misi dan visi ke arah yang lebih baik dan cemerlang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Jawatan Pengerusi Tetap DPIM pula disandang Datuk Romli Ishak dan Suardi Sawai Canon sebagai timbalannya.
“Seramai 83 orang perwakilan dan pemerhati dari DPIM negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah hadir dalam mesyuarat tersebut.