6 MAC – DPIM berkesempatan untuk mengadakan perbincangan strategik dengan Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Perbincangan menumpukan hal-hal yang berkaitan ekonomi dan keusahawanan bumiputera susulan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.
DPIM telah diwakili oleh Tuan Hj Mohammad Sahar (Presiden), Datuk Azizulrahman (Naib Presiden), Tuan Hj. Rosli (Setiausaha Agong) dan Tuan Hj Mohammad Zamri (Ahli Majlis Tertinggi).
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi MARA atas masa yang diluangkan dan DPIM komited bersama MARA menjayakan program-program yang dirancangkan terutamanya yang berkaitan usahawan digital.